Sabtu, 26 Disember 2009

::AlhAmDuLilLaH::

Alhamdulillah sempurna akhirnya..selepas sekian lama aku menanti saat ini..setelah sekian lama aku menanggung penyeksaan ini dan setelah lama aku bina kekuatan ini..kini aku bebas..inilah kemahuanku..inilah yang terbaik buatku dan dirinya..ketahuilah sesungguhnya jiwa aku sakit menanggung sesuatu yang tidak pasti kesudahannya..kalahkah aku dengan keputusan ini..tidak..aku menang dalam mujahadah ini..aku tidak sanggup menipu diriku kerana dia..aku jua insan biasa yang punya hati dan perasaan...yang bisa menangis dan jua bisa ketawa..aku tahu aku tidak diperlukan disisinya..tetapi kenapa selepas bertahun lamanya baru kau ungkap kata-kata itu..kenapa tidak sebelum ini..mungkin dikau masih tidak bersedia dengan kemungkinan akan terjadi..kini ia terjadi..tetapi kenapa selepas aku ungkapkan dikau sedikit pun tidak membantah atau memberi penjelasan buat dirimu..adakah selama ini hanya aku yang inginkan kebahagian bersamamu tidak dirimu..aku kecewa dengan apa yang berlaku..seolah-olah aku seorang menempuhinya..dimana pergi hilangnya dikau yang ku kenali dahulu,dimana dikau yang yang menjanjikan janji yang manis dengan ku..adakah itu semua dusta..adakah itu semua perangkap buat diriku..mungkin DIA sedang mengujiku...aku tahu aku insan yang lemah..tetapi aku pegang kata-kata ini DIA tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tidak mampu..aku redho akan takdir ini..kerana aku percaya DIA tahu segalanya..aku pohon diriku di beri kesempatan buat kali terakhirnya untuk aku menikmatinya..untuk aku lebih menghargai kehadirannya dan dia jua menghargai kehadiran diriku..bila,siapa,dimana???persoalan itu akan terjawab tetapi bersabarlah wahai hati..akan kau temui jua saat itu..janjilah pada diri,yang kau tidak akan sia-siakannya..akan ku tunggu saat yang bermakna itu dengan penuh kesabaran dan kesetiaan..sungguh aku bahagia sekarang sepertimana dia bahagia..itulah aku..