Isnin, 9 Mac 2009

Sebab Doa Tertolak

Doa...???erm..wajarnya semua orang tahu ape itu doa..tapi pernahkah kita tahu doa kita diterima atau ditolak..Doa ibarat otak ibadah..manusia akan dianggap sombong di sisi ALLAH jika tidak berdoa..nauzubillah,moga kita tidak didalam golongan itu.Pernah atau tidak kita kecewa jika permohonan penting kita tidak diterima???Adakah kita berputus asa???patutkah kita berputus asa???siapa kita untuk berputus asa???..Kisah yang diceritakan dari Syaqiq Al Balkhi tentang pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham "Satu hari Ibrahim bin Adham(Abu Ishaq)berjalan dipasar basrah lalu dikelilinggi oleh orang ramai lalu mereka bertanya kepadanya:"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman bermaksud(Mintalah olehmu sekalian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah setahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan!..)Ibrahim bin Adham menjawab''Bagaimana ALLAH hendak kabulkan doa kamu sedangakn hati kamu tertutup oleh 10 perkara:-

1.Kamu telah mengetahui ALLAH tetapi belum tunaikan haq-haqnya

2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya

3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujuinya

4.Kamu menyatakan kamu umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak mengikut sunnahnye

5.Kamu mengatakan kamu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan ape2 amalan yang akan membawa kamu kepadanya

6.Kamu menyatakan kamu selamat dari neraka tetapi nyata kamu memasukkan diri kamu ke dalamnya

7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap2 menghadapinya

8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat cela teman-teman mu tetapi tidak pernah melihat sendiri aibmu

9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur dengannya

10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat sahabatmu tetapi tidak mengambil pengajaran darinya..



Perkara2 diatas jelaslah dan menjawab persoalan kita kenapa doa ita ditolak oleh ALLAH..perkara2 ditas perlu untuk kita mengetahuinya kerana doa bukan bertindakhanya kerana wasilah untuk memenuhi hajat duniawi semata2 tetapi lebih jauh dari itu sebagai tanda kerdilnya kita sebagai mahkluk ALLAH yang mengharapkan rahmatya..